4 Cara Mudah Untuk Mengenali Candlestick Tanpa Perlu Menghafal Pattern.


1. Shadow / Wick

    Shadow atau Wick pada candlestick mewakili rejection harga. Lebih panjang Shadow atau Wick, lebih besar rejection harga berlaku.


2. Kuantiti Shadow

    Kebiasaannya, bila kita melihat terlalu banyak shadow bertebaran di atas chart, itu bermakna market berada dalam keadaan "Choppy" atau "Range Market".          

    Bila mana tiada shadow atau sedikit sahaja di dalam chart, market berada dalam keadaan "Cleaner" atau Trending yang sangat kuat.




3. Saiz Candlestick

   Cara paling mudah untuk mengesan momentum dalam market adalah dengan melihat pada Saiz candlestick. Body candlestick yang besar melambangkan momentum yang kuat dan body yang kecil melambangkan kurangnya momentum.


4. Close Pada Body

    Untuk mengesan siapa yang menguasai market, lihat di mana candle itu close. Sekiranya close berhampiran high, buyer atau bulls yang menguasai market.


   Sekiranya close di tengah-tengah, market tidak dapat membuat keputusan.

   

   Sekiranya close berdekatan low, seller atau bears menguasai. 



  Dapat sesuatu? Ini antara perkara paling asas yang anda perlu tahu sekiranya ingin mengusai teknik Price Action ataupun candlesticks.

  Boleh SHARE jika anda rasa ilmu ni berguna juga untuk orang lain.

Post a Comment

0 Comments