7 Kesilapan Dilakukan 'Newbie' Yang Nak Trade Forex

Perkataan 'NEWBIE' biasanya digunakan untuk orang baru yang ingin berkecimpung dalam apa sahaja bidang. Forex trading juga tidak terlepas daripada golongan newbie ini. Kebanyakan newbie sangat bersemangat ketika ingin melakukan sesuatu kerana telah mendapat satu semangat baru untuk mencuba benda yang baru. Namun, mereka pasti akan melakukan kesilapan kerana tidak mempunyai ilmu yang cukup dan pengalaman yang banyak untuk menempuh liku-liku perjalanan.

Oleh itu, izinkan saya share sikit beberapa kesilapan newbie yang boleh dielakkan berdasarkan pengalaman saya dan student saya yang saya kumpulkan selama 5 tahun dalam industri forex trading ini.

1. Melaburkan duit komitmen

Wajib kita fahami perkataan trading bermakna perdagangan. Jadi pasti ada naik turunnya. Hari ni kita masyuk, esok mungkin terduduk. Sama jela macam orang berniaga. Hari ini ramai orang datang beli, esok belum tentu lagi.

Oleh itu, janganlah sekali-kali kita mengorbankan duit komitmen kita seperti duit nak kahwin, duit nak bayar deposit beli rumah, duit nak beli kereta dan seumpama dengannya sebagai duit untuk membuka akaun trading. Ditakuti duit itu ditelan oleh market dalam masa beberapa saat sahaja kerana lautan forex dipenuhi dengan ikan Pirana.

Tetapi sekiranya anda masuk ke dalam lautan yang dipenuhi dengan ikan Pirana berbekalkan ilmu yang mantap di dada dan kelengkapan keselamatan yang padu, barulah anda boleh selamat dengan risiko yang sangat kecil.

2. Tak nak melabur dalam ILMU

Kadang-kadang ilmu tu taklah mahal mana nak dibandingkan dengan duit yang telah melebur. Kita sanggup leburkan RM20,000 semata-mata untuk buka akaun trading tapi menggelupurrrr bila nak labur untuk ilmu yang bernilai antara RM499 ke RM2000. Kita boleh kata ilmu tu mahal? What???


Kita nampak market forex tu macam senang sebab dia cuma ada dua button je. Kalau bukan sell kita buy. Kalau bukan buy kita sell. Senang kan? Namun hakikatnya bukanlah semudah itu. Banyak perkara yang kita perlu fahami dan kukuhkan sebelum kita menekan button buy atau sell tu.

Market forex ni ialah salah satu instrumen dalam money market. Jadi ia merupakan sektor professional yang perlu kita fahami selok belok perjalanannya sebelum kita memulakan trading. Kalau kita main rempuh je, itu namanya judi.

Namun ada je ilmu-ilmu FREE yang ditawarkan di luar sana. Kebiasaannya ilmu free ni tak diajarkan A-Z tentang market forex ni. Tetapi ada juga yang mengajar A-Z melalui buku, ebook atau blog. Cuma kena baca dan fahamkan sendirilah sebab tak ada siapa yang nak bimbing atau ajar. Ibarat ada kereta Ferrari yang seksi dan power tapi tak tau cara nak guna. Yang ada cuma manual book je. Jadi, pandai-pandailah belajar sendiri guna manual book tu ye.

3. Nak untung besar dan cepat dengan modal kecil

Tak dinafikan memang dalam forex kita boleh buat duit giler giler dalam masa beberapa minit  atau beberapa jam atau beberapa hari. Tapi formula pelaburan ni simple je. High Risk High Return. Anda berani buat tanggunglah akibatnya nanti.


Setiap perkara pasti memerlukan masa untuk mahir dan menjadi. Begitulah juga dengan forex trading.  Kalau nak bertahan lama ikutlah pengurusan duit yang betul dan pengurusan risiko yang betul. InsyaAllah tak mungkin depo selalu kalau uruskan duit dengan baik betul-betul.

4. Berhenti kerja untuk jadi full time trader

Adehhh, yang ni lagi parah. Dahla trading pun tak tau macam mana hasilnya lagi. Boleh pula berhenti kerja sebelum betul betul mahir trade. Tak ada masalah pun untuk bekerja sambil jadi trader sebab trading ni sebenarnya tak memerlukan masa yang banyak pun. Tapi trading ni sentiasa memerlukan emosi yang tip top pom pom supaya emosi tidak menjadi penyebab gangguan ketika membuat analisis.

Bila boleh berhenti kerja? Bila dah boleh konsisten profit. Hasil daripada profit tu dah sama dengan gaji asal atau lebih tinggi daripada gaji asal. Masa tu baru boleh berhenti kerja untuk jadi full time trader.

5. Terdesak untuk buat duit

Perlu diingatkan bahawa forex trading sebenarnya bukan tempat untuk orang yang terdesak. Pada pendapat saya ianya sangat sangat tak sesuai. Forex ialah tempat untuk buat duit kalau kita memang ada duit lebih untuk kita asingkan dan dimasukkan ke dalam akaun forex. Sekiranya terdesak, nescaya macam macam perkara mengarut yang kita akan buat untuk dapatkan duit dalam forex dengan cepat. Dikhuatiri kerana terdesaknya kita, modal kita boleh melebur begitu sahaja sebab emosi yang tak dapat dikawal.



6. Tak nak buat latihan tapi nak buat entry

Tolonglah realistik sikit. Forex bukannya game. Forex ni tempat pertukaran dan perdagangan matawang asing. Jadi, latihan yang bertubi tubi wajib dibuat supaya skill tu akan menjadi setajam pedang samurai. Kita hanya boleh ambil ilmu daripada guru kita tetapi skillnya kita sendiri yang kena asah. Biarlah sampai kita tengok chart sebelah mata je kita dah tau boleh masuk market atau tak.

7. Tak lock fon betul betul

Ingat ye bahawa duit dalam akaun trading tu ialah modal trading kita yang boleh menjana pendapatan. Jadi, jagalah betul betul akaun trading tu sebab kalau anak kita atau anak buah kita main fon dan buka bahagian platform trading, alamatnya akaun tu boleh licin sehingga tergigit lidah kita nanti. Oleh itu, pastikan fon sentiasa berada dalam keadaan lock screen dan password tu tak boleh diketahui oleh anak kita atau anak buah kita.

Saya doakan semoga anda semua menjadi trader yang berjaya satu hari nanti supaya dapat mengubah status kehidupan kepada yang lebih baik.

Fareez Mohd Sith
Private Coaching Forex For Newbie


Post a Comment

2 Comments

  1. AGEN POKER TERBAIK
    AGEN POKER TERPERCAYA
    AGEN POKER TERBAIK DAN TERPERCAYA

    Selamat datang di PANENPOKER Dan Bermain Dengan 100% Member Murni
    ( Player vs Player )

    Link Alternatif :
    https://bit.ly/2LI8klD
    https://bit.ly/2GQvl79

    Kami, 100% Murni Player Vs Player
    No BOT ( ADMIN )

    ★ Bonus New Member 30%
    ★ Bonus deposit 10% setiap Hari
    ★ Bonus Turnover up to 0.5%/Minggu
    ★ Bonus Referral 10%
    ★ Minimal Deposit 10.000
    ★ Minimal WithDraw 20.000

    Dapat dimainkan kapan saja dan dimana saja dengan hp android kamu , silahkan download aplikasi nya di SINI

    Jika ada Yang ingin Ditanyakan,silakan hub kami Di:

    - BBM : D619FD7F
    - Line : panenpoker02
    - WA : +6281318087230
    - skype : panenpoker@gmail.com
    - LIVECHAT PANENPOKER
    - wechat: Panenpk1

    Terimakasih
    panenbonus(dot)com

    ReplyDelete
  2. MWPOKER ADALAH AGEN POKER TERBAIK DAN TERPERCAYA, ANDA BISA BERMAIN POKER ONLINE,
    QQ, CAPSA SUSUN, SITUS JUDI ONLINE POKER YANG MENYEDIAKAN PERMAINAN SEPERTI POKER ONLINE,
    CEME KELILING, DOMINO BET, BANDAR CEME, BANDAR BLACKJACK, BANDAR CAPSA, CASINO WAR, SAM GONG
    DAN YANG TERBARU ADALAH LIVE POKER SERTA JUDI CAPSA.
    DAFTAR SEKARANG JUGA !!!
    DI MWPOKER AGEN POKER ONLINE INDONESIA TERBAIK DAN TERPERCAYA!

    SITUSMW POKER MENYEDIAKAN BERBAGAI GAME DENGAN 7 PERMAINAN GAME JUDI ONLINE DALAM 1 WEB
    - Texas Poker
    - Domino Bet
    - Bandar Ceme
    - Capsa Susun
    - Ceme Keliling
    - Super Ten
    - Omaha

    **** BONUS TERBESAR REFERRAL 15% UNTUK SEUMUR HIDUP *****

    HANYA DI http://WWW.mwoke.cc

    KELEBIHAN DI SITUS MW POKER ADALAH :
    PROMO MWPOKER
    *Bonus New Member 30%
    *Bonus Deposit Harian 10%
    *Bonus Turnover up to 0.5% setiap minggu
    *Minimal Deposit hanya 10.000
    *Minimal Withdraw 20.000
    - Pelayanan 24 jam setiap hari
    - Di dukung transaksi : BCA - BNI - MANDIRI - BRI

    Contact kami :
    Line : mwpoker
    Wa : +855 69 303626

    AYO TUNGGU APA LAGI!! AYO SEGERA BERGABUNG DAN DAFTARKAN DIRI ANDA BERSAMA KAMI DI http://mwoke.cc/
    JANGAN SAMPAI KESEMPATAN MENANG ANDA TERLEWATKAN.
    LINK ALTERNATIF MWPOKER
    MW POKER
    LINK ALTERNATIF MWPOKER
    situs poker terpercaya 2019

    ReplyDelete