Pertama sekali, jom kita cuba fahamkan bagaimana sebenarnya market bergerak kerana dengan memahami pergerakan asas market, barulah kita boleh menangkap di mana kita boleh buat entry dan exit market.
Sekiranya market berada dalam keadaan downtrend seperti gambar di atas, market akan membuat LL dan LH. LL kita panggil juga sebagai support dan LH kita panggil sebagai resistance. Jadi, kita akan membuat entry sell di zon resistance dan exit sell di zon support atau buy di zon support.
Inilah antara cara mudah bagaimana saya buat duit tanpa menggunakan apa-apa indicator auto dan seumpama dengannya. Jom kita tengok pula macam mana nak kesan keadaan pada market sebenar.
Lihat gambar rajah di atas. Gambar di atas adalah keadaan sebenar market dan pergerakannya tidaklah secantik gambar yang pertama dan kedua tadi. Tetapi kita masih lagi dapat mengesan keadaan tu bila kita dah mahirkan asas pergerakan market ni. Arrow merah tu ialah zon support atau kita panggil sebagai HL. Ini ialah chart yang kita ambil daripada EURUSD H4.
Lihat gambar rajah di atas yang mewakili pergerakan downtrend di AUDUSD H4. Arrow merah mewakili zon resistance atau LH.
Ini ialah pergerakan normal. Bagaimana pula kita ingin mengesan yang reversal akan berlaku dalam keadaan trending macam ni?
Ada perlbagai cara yang saya gunakan untuk mengesan reversal yang berlaku tetapi kaedah yang paling saya suka gunakan dan sangat mudah diaplikasi ialah dengan menggunakan trendline atau mengesan sama ada market berjaya melepasi HH sebelumnya atau membuat LH baru dalam keadaan uptrend atau dalam keadaan downtrend, market tidak berjaya melepasi LL dan membuat HL baru.
Untuk fahamkan keadaan ini, anda perlu rujuk gambar pertama dan kedua di atas.
Gambar di atas ialah keadaan market GBPUSD pada time frame H4. Sila fahamkan betul-betul situasi ini. Sepatutnya, apabila market telah membuat HH baru dan HL baru, maka keadaan seterusnya ia perlu melepas HH tersebut untuk menjadikan keadaan uptrend semula seperti yang ditunjukkan arrow hitam. Tetapi apabila ia gagal melepasi HH tersebut dan membuat LH baru, maka itu petanda awal bahawa market akan berubah arah. Apatah lagi apabila market telah membuat LL baru, kemudian naik semula ke kawasan LH maka terjadilah pattern Double Top untuk keadaan itu dan menguatkan lagi market untuk turun semula . Jadi, di mana entry berlaku? Entry boleh dilakukan semasa market naik semula ke kawasan LH iaitu antara 1.4230-1.4275 dan exit semula di zon HL sebelumnya iaitu 1.3940.
Amacam? Ok ke atau pening-pening lalat? Cuba fahamkan keadaan ini berulang-ulang kali supaya anda dapat tangkap keadaan reversal ini. Benda ni perlukan masa untuk faham tapi inilah dia teknik yang saya gunakan berulang-ulang kali untuk menangkap market reversal supaya dapat entry di pucuk dan akar.
Akhir sekali, saya tunjukkan bukti saya buat withdrawal USD2,321.00 dalam masa 19 hari. Bukan untuk menunjuk tetapi sekadar memberi inspirasi dan motivasi kepada sesiapa yang skeptikal di luar sana tentang forex. Jadi, kita tunjukkan yang kita memang boleh buat duit dengan forex tetapi MESTI kena ada ilmu yang betul.
Tolong SHARE posting ni kalau anda rasa ianya bermanfaat dan boleh membantu orang lain dalam trading.
#MasterYourForex
#SuperForex
#KelasForex
0 Comments