Tentang Kami

Fareez Mohd Sith telah menceburi bidang forex trading sejak tahun 2013 lagi. Beliau mempunyai Private Coaching Student dari seluruh Malaysia serta 9 buah negara lagi di luar Malaysia. Antaranya USA, Australia, Arab Saudi dan South Africa.

Beliau juga merupakan lepasan International Islamic University Malaysia dalam Bachelor of Business Management (Honours). Antara subjek yang beliau belajar di sana yang menambahkan lagi minat beliau dalam financial industry ialah Transaction of Islamic Economics, Money & Banking, Islamic Banking & Finance serta Investment Analysis.

Beliau juga pernah menjadi trainer dan speaker bagi beberapa buah broker untuk menjalankan seminar dan kelas forex. Sepanjang kerjayanya sebagai Forex Coach, beliau pernah dinobatkan sebagai The Best Forex Trainer di broker Superforex pada tahun 2017.



Beliau sangat komited dalam memastikan para pelajarnya untuk mencapai apa yang mereka impikan dan telah melahirkan ramai trader yang berjaya untuk menghasilkan sekurang-kurangnya USD1000 setiap bulan secara konsisten. Senjata yang digunakan oleh beliau untuk menghasilkan profit dalam trading ialah "Naked Chart Price Action Technique"

Selain itu, sebagai seorang Investment Specialist, beliau juga telah membantu ramai orang untuk meningkatkan tahap kewangan mereka kepada yang lebih baik melalui beberapa portfolio pelaburan yang sesuai dengan keperluan dan tahap risiko yang mereka ambil. Sebelum memberikan cadangan, beliau akan mendengar dahulu masalah daripada bakal pelabur dan apakah impian yang mereka ingin capai daripada pelaburan yang bakal dibuat.

Kini, beliau juga merupakan seorang Marketing Representative bagi syarikat Inter Pacific Asset Management Sdn. Bhd dan Phillip Capital Management Sdn. Bhd untuk membantu sophisticated investor supaya dapat melabur dalam Private Mandate. Iaitu sebuah pelaburan yang patuh syariah serta diiktiraf oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia.




Post a Comment

0 Comments