Selamat Datang ke Training Centre Baru Kami!


Bermulanya awal tahun 2018, kami telah mula menyediakan satu tempat training untuk client kami supaya lebih selesa belajar sama ada secara 1 to 1 atau berkumpulan. Training Centre ini dibuka di Level 15, West Block, Wisma Selangor Dredging, Jalan Ampang, berdekatan dengan KLCC. Siapa yang pernah datang ke pejabat baru kami ni, bolehlah nampak KLCC dari pejabat kami.


Apabila anda datang ke pejabat kami, sila ke South Block terlebih dahulu untuk pendaftaran dan mengambil Visitor Pass supaya boleh naik terus lif di West Block ke tingkat 15. Sampai di tingkat 15, belok kanan dan anda akan nampak kaunter pertanyaan.

Receptionist Counter

Sila inform receptionist untuk berjumpa dengan En. Fareez daripada syarikat MYF Consultancy. Kemudian, boleh tunggu di zon menunggu atau boleh terus ke bilik En. Fareez di 1514. 

Bilik Personal Coaching 1514

Selain daripada bilik personal coaching, kita ada juga bilik meeting untuk group coaching.

Bilik Group Coaching

Jadi, jemputlah datang beramai-ramai bagi yang berminat untuk belajar forex kerana kami memberikan bimbingan dari A-Z sampai pandai dan bimbingan sepanjang hayat. Jangan malu untuk menghubungi coach anda untuk sebarang pertanyaan di:

WhatsApp: 017 281 3243
Office       : 03 2168 4367 



Post a Comment

1 Comments