GAJAH DENGAN TALI

Ketika seorang lelaki berjalan melewati sekumpulan gajah, ia tiba-tiba berhenti. Ia bingung dengan fakta bahawa makhluk-makhluk besar itu sedang diikat hanya dengan sebuah tali kecil yang terikat pada kaki depan mereka. Tidak ada rantai, tidak ada kandang. Jelas sekali bahawa gajah boleh melepaskan diri dari ikatan mereka bila-bila masa sahaja. Tetapi entah kenapa, mereka tidak melakukannya.


Dia melihat seorang pelatih berdekatannya dan bertanya kepada pelatih tersebut. “Mengapa haiwan-haiwan itu hanya berdiri di sana dan tidak berusaha untuk melarikan diri?”

“Ya, ketika mereka masih sangat muda dan jauh lebih kecil, kami menggunakan ukuran tali yang sama untuk mengikat mereka. Dan, pada usia tersebut, tali itu sudah cukup untuk menahan mereka. Saat mereka tumbuh dewasa, mereka berada dalam keadaan untuk percaya bahawa mereka tidak dapat melepaskan diri. Mereka percaya bahawa tali tersebut masih boleh menahan mereka, sehingga mereka tidak pernah mencuba untuk membebaskan diri.” Begitu penjelasan daripada pelatih gajah tersebut.

Lelaki itu kagum. Haiwan-haiwan ini boleh je setiap saat membebaskan diri dari ikatan tali mereka. Tetapi kerana mereka percaya bahawa mereka tidak boleh, mereka terjebak tepat dimana mereka berada.

Seperti gajah, berapa banyak dari kita yang menjalani hidup tergantung pada suatu keyakinan bahawa kita tidak boleh melakukan sesuatu, hanya kerana kita gagal sekali sebelumnya?

Kegagalan adalah sebahagian dari pembelajaran. Kita tidak boleh menyerah untuk berjuang di dalam hidup kita.

Post a Comment

0 Comments