Pelaburan Terbaik 2021 !!!

     Bila kita dengar kawan-kawan kita melabur, kita pun terasa macam nak melabur. Mana tak nye, dengar cerita setiap tahun simpanan diorang bertambah hasil daripada pelaburan. Tetapi, kat mana kita nak melabur? Sebelum kita nak melabur, kita kena tanya pada diri kita beberapa soalan dulu untuk membuat penilaian dan keputusan pelaburan mana yang sesuai untuk kita. 


    Pertama sekali, kita kena tahu apa tujuan kita nak melabur. Supaya kita boleh pilih sama ada pelaburan jangka masa pendek atau jangka masa panjang. Misalnya kita nak melabur kerana nak beli rumah 5 tahun lagi. Jadi, kita tak perlu masuk pelaburan jangka masa pendek. Sebaliknya, kita boleh memilih mana-mana pelaburan jangka masa panjang yang lebih rendah risikonya.

    Seterusnya, kita kena tahu apa risiko yang akan kita terima sekiranya kita melabur. Tidak ada pelaburan yang tak ada risiko. Cuma yang membezakannya ialah risiko rendah, risiko sederhana atau risiko tinggi sahaja. Apabila kita dah tahu kita berada pada risiko yang mana, senanglah untuk kita membuat keputusan nanti. Biasanya High Risk High Return. 😎

    Selain itu, modal juga memainkan peranan yang penting. Kalau tak cukup modal, macam mana kita nak melabur? Oleh itu, pastikan pelaburan yang kita nak masuk tu sesuai dengan modal yang kita ada. Jangan percaya pada skim cepat kayap yang menawarkan pulangan yang tinggi dengan modal yang sangat rendah. Biarlah modal besar sikit pun tak apa. Asalkan duit kita selamat dan kita dapat capai apa yang kita nak.

Selain daripada itu, carilah pelaburan yang boleh bagi kita pulangan tertinggi supaya kita boleh capai GOAL kita dengan lebih cepat. Sebab itu, TUJUAN melabur tadi sangat penting dalam kita membuat pilihan dan keputusan.

Oleh itu, ada beberapa pelaburan yang boleh memberikan pulangan yang agak tinggi tetapi dalam kategori risiko sederhana. Antaranya : 

💸 Unit Trust

💸 Fix Deposit

💸 Private Mandate

Semoga penjelasan ini sedikit sebanyak dapat membantu anda membuat keputusan untuk menjadi pelabur yang bijak dan berjaya. 

Fareez Mohd Sith
Investment Specialist | Forex Expert & Coach | Marketing Representative at Inter-Pacific Asset Management Sdn Bhd 

~ Greatest Investment Platform ~ 

Post a Comment

0 Comments