Trader Seperti Abam Sado


Hai semua!!! Apa khabar? Moga semua dalam keadaan baik-baik aje. Tahukah anda seorang yang berbadan sado mesti mempunyai disiplin yang aaaaamat tinggi dan kerja yang saaaaangat kerassss? Ingat senang nak dapat badan macam gambar kat atas? Kalau tak exercise sehari sejam, jaga makan, tidur cukup, mana mungkin boleh dapat badan macam tu?

Selalu tak kita dengar kelas forex trade cara mudah? Trade santai-santai? Trade gaya malas? Betul memang bila dah mahir dalam trading semuanya jadi mudah dan santai-santai je. Pejam celik pejam celik dah siap analisis tak sampai 5 minit. Tapiiiiii... sebelum nak sampai kepada mudah dan santai-santai tu kita wajib kerja keras sampai keluar air mata darah. Tak boleh ada istilah malas dalam hidup kalau nak fahamkan betul-betul forex trading ni. Kena rajin belajar dan analisis chart.

So, samalah macam cerita badan sado tadi. Disiplin kena tinggi setinggi gunung kinabalu kalau nak kekal dalam dunia forex. Kalau disiplin ke laut china selatan alamatnya kena ngap dengan paus jela. Kenapa pentingnya disiplin dalam trading? Orang yang berdisiplin dalam trading boleh mengurangkan risiko gangguan emosi ketika trade kerana dia akan mengikut sistem, strategi dan SOP tanpa berkiblatkan nafsu serakah yang sentiasa tamak dalam mengejar keuntungan dalam trading.

Ibarat robot yang telah kita setkan arahan. Dia akan mengikut arahan kita tanpa banyak tanya kerana tidak mempunyai apa-apa emosi. Begitulah yang sewajibnya seorang trader perlu buat ketika trading kalau nak hidup lama dalam dunia forex ni. Jadi, sebagai trader kita wajib follow trading plan tanpa memikirkan tentang emosi. Hatta seorang pro trader kalau terganggu emosinya, dia juga boleh terduduk kerana emosi ialah sesuatu yang sangat subjektif.

Contohnya seorang pro trader yang memang sangat berdisplin dengan trading plannya. Suatu hari ada seorang berkata kepada dia, "Bro buat berapa minggu ni? Kitorang dapat 100ribu USD minggu ni". Ahaaaa, mulalah terfikir dalam kepala dia. Cis, kalau aku besarkan sikit lot ni boleh kejar diorang ni. Nampak tak bagaimana emosi kita boleh terganggu? Disiplin kita boleh tergugat dengan emosi yang mula membisik-bisik ke hati nurani ni lebih-lebih lagi kalau iman senipis kulit bawang.

Disiplin tak kan terbentuk dalam satu hari. Perlahan-lahan kita didik dia supaya menjadi satu tabiat atau ketagihan pada diri kita seperti ketagihnya orang pada rokok. Apabila kita berjaya menguasai disiplin dalam trading, maka secara automatiknya risiko kita dalam forex semakin berkurang. Kebanyakan loss yang melampau dalam trading adalah disebabkan oleh emosi yang tidak dapat dikawal terutamanya apabila mata melihat peluang untuk membuat duit lebih banyak daripada biasa.

Percalah, saya sendiripun kadang-kadang tertipu dengan emosi dan selalunya saya sendiri akan tewas kerana emosi. Jadi berjaga-jagalah dengan emosi masing-masing kerana emosi ini ialah musuh yang paling nyata kepada seorang trader. Lebih-lebih lagi jika di dalam emosi itu adanya hasutan syaitan yang direjam. hahahahaha...

FAREEZ MOHD SITH
KELAS FOREX UNTUK NEWBIE

Post a Comment

0 Comments