Formula Berkesan Untuk Menjadi BAHAGIA dan BERJAYA


Pasti ramai kat luar sana yang tertanya-tanya, macam mana agaknya rasa jadi orang yang BAHAGIA dan BERJAYA? Apakah caranya? Jadi, hari ini saya nak kongsikan kepada anda FORMULA BERKESAN yang telah digunakan sendiri oleh orang yang BAHAGIA dan BERJAYA. ☺

FORMULA 1: Syukur dan Redha (Sabar)

Dan (ingatlah ketika Tuhanmu memaklumkan, "Sesungguhnya jika kamu bersyukur, nescaya Aku akan menambah (nikmat) kepadamu, tetapi jika kamu mengingkari (nikmat-Ku), pasti azab-Ku sangat berat. (Ibrahim 14:7)

Maka adapun manusia, apabila Tuhan mengujinya lalu memuliakannya dan memberinya kesenangan, maka dia berkata, "Tuhan telah memuliakanku." Namun apabila Tuhan mengujinya dan membataskan rezekinya, maka dia berkata, "Tuhan telah menghinaku." (Al-Fajr 89:15-16)



      Orang beriman itu, sikapnya seperti ikan. Walaupun berenang di lautan, isinya tetap tidak berubah menjadi masin. Dan seandainya berenang di sungai, isinya juga tidak terpengaruh dengan ketawaran air di dalamnya. Begitulah hati orang yang beriman, tidak terkesan dengan bertambah atau berkurangnya harta. Mereka faham bahawa sesungguhnya kekayaan dan kemiskinan merupakan ujian Allah bagi hamba-hamba-Nya.

FORMULA 2: Zakat dan Sedekah

... sesungguhnya Allah memberi balasan kepada orang yang bersedekah. (Yusuf 12:88)

Tiadalah kurang harta sebab bersedekah. (Riwayat Muslim)

      Salah satu kisah yang terkenal berkenaan sedekah ada dinukilkan seperti berikut:

      Daripada Abu Hurairah r.a., diberitakan bahawa Nabi saw pernah bercerita: "Pada kala seorang lelaki berada di sebuah padang, (tiba-tiba) dia mendengar suatu suara di awan: 'Isqa haiqala fulaan: Curahkanlah hujan ke atas kebun si anu.' Maka awan itu (nampak) bergerak lalu mencurahkan airnya di bumi yang berbatu hitam (kering dan keras).

      "Apabila air itu menggenangi tempat itu lalu terus mengalir menerusi alur-alurnya, maka orang tadi pun mengikuti air itu; tiba-tiba dia mendapati seorang lelaki sedang berada dalam sebuah kebunnya, sedang mengalirkan air itu dengan cangkulnya.

      "Dia lalu bertanya: 'Wahai hamba Allah, siapakah nama engkau? Maka pekebun itu menjawab: 'Si anu...' Iaitu (sebagaimana) namanya yang didengarnya di awan tadi. Maka pekebun itu lantas bertanya: 'Mengapakah engkau menanyakan nama saya?'

      " 'Saya mendengar satu suara (menyebutkan nama engkau) di awan yang menurunkan air ini, suatu suara berkata, 'Curahkanlah hujan ke atas kebun si anu (disebutkan nama engkau).'

      "Maka pekebun itu menjawab: 'Adapun jawapan bagi pertanyaan engkau ini ialah: 'Sesungguhnya saya memikir (merancang dan berniat) mengenai hasil-hasil yang akan diperoleh, maka saya (berniat) untuk menyedekahkan sepertiganya, manakala sepertiganya saya akan makan bersama-sama orang dalam tanggungan saya dan sepertiganya lagi saya akan gunakan untuk belanja pertanian (ini sendiri).' Demikianlah jawapan pekebun." (Riwayat Muslim)

      Justeru, apabila kita sedang memulakan projek atau pekerjaan mulalah merancang atau berniat untuk membuat kebajikan. Insya-Allah, usaha kita akan diberkati-Nya.

      Sedang zakat pula adalah untuk memelihara harta yang dikumpulkan itu daripada kemusnahan.

      Bentenglah harta-harta kamu dengan mengeluarkan zakat, mengubati pesakit-pesakit kamu dengan bersedekah dan sedia berdoa menghadapi bala. (Riwayat Tabarani)

FORMULA 3: Ketakwaan dan Menyambung Silaturahim

      Sesiapa bertakwa kepada Allah, nescaya Dia akan membukakan jalan keluar baginya dan Dia memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka-sangkanya. Dan sesiapa bertawakal kepada Allah, nescaya Allah akan mencukupkan (keperluan)nya. (Ath-Thalaq 65: 2-3)

      "Siapa yang ingin rezekinya diperluas dan umurnya panjang maka hendaknya ia bersilaturrahmi."
(HR. Bukhari)

FORMULA 4: Tidak Berbuat Dosa (Banyak Beristighfar)

      Mohon ampunan kepada Tuhanmu. Sungguh, Dia Maha Pengampun. Nescaya Dia akan menurunkan hujan yang lebat dari langit kepadamu, dan Dia memperbanyak harta dan anak-anakmu, dan mengadakan kebun-kebun untukmu dan mengadakan sungai-sungai untukmu. (Nuh 71:10-12) 

      Akhirnya, jika masih ada yang bertanya, bagaimana jika saya sudah melakukan semua itu dan saya masih belum berhasil mendapat apa yang saya impikan? Penerangannya begini: Bukankah berniat baik sahaja sudah Allah ganjari pahala? Apatah lagi apabila kita sudah melaksanakan apa yang diniatkan (yang baik-baik). Bertambahlah lagi daftar pahalanya. Justeru, akhirnya kita juga yang semakin untung. Semakin banyak kebaikan yang dilakukan, semakin menimbun pahalanya. Biarpun sudah lama impiannya belum dicapai dan walaupun rezekinya masih belum bertambah. Kebajikannya sudah pun membukit. Insya-Allah.

      Benarlah pesan Allah. Syukur dan redha itu kunci bahagia kerana Allah lebih mengetahui kebaikan yang kadang-kadang ditafsirkan sebagai keburukan oleh kita.

      Dalam sebuah hadis Qudsi, Allah berfirman:

      Sesungguhnya di kalangan hamba-hamba-Ku ada yang keadaannya itu baik dalam keadaan kaya, kalau Aku menjadikannya miskin akan rosaklah keadaannya, dan ada pula antara hamba-Ku yang keadaannya itu baik jika dalam keadaan miskin, kalau Aku menjadikannya kaya akan rosaklah keadaannya, dan ada daripada hamba-hamba-Ku yang keadaannya baik jika dalam keadaan sihat, kalau aku menjadikannya sakit akan rosaklah keadaannya, dan ada di kalangan hamba-hamba-Ku yang keadaannya baik jika dalam keadaan sakit, kalau Aku menyembuhkannya akan rosaklah keadaannya. (Riwatar Abi Dunya dan Baihaqi)

      Begitulah penjelasan daripada yang Maha Pencipta. Rezeki tidak tunduk kepada usaha yang kita lakukan. Kita diwajibkan berikhtiar kerana ikhtiar itu perintah Allah. Dan kita dianugerahkan pahala apabila berikhtiar. Namun, bukan ikhtiar itu syarat bertambahnya rezeki. Usaha bukanlah penyebab mutlak rezeki bertambah kerana yang mutlak hanyalah ketentuan Allah. Kita berusaha kerana Allah wajibkan kita berusaha dan kita mendapat pahala apabila melakukan perintah Allah.

      Kita hendaklah terus berusaha dengan sungguh-sungguh kerana tidak pernah tahu apakah ketentuan Allah pada hari ini, esok dan lusa. Kita terus berusaha mengikut sebab-sebab yang difikirkan boleh menambah dan menjaga rezeki kerana begitulah fitrah hidup dunia ini. Setiap kejadian dan perubahan di dunia ini berjalan dengan sebab dan akibat. Dan di dalam al-Quran sudah ditunjukkan segala sebab yang boleh menambah dan memelihara rezeki kita.

      Amacam? Rasa teruja tak untuk mula amalkan semua formula di atas? Semoga ianya bermanfaat buat semua dan sila SHARE untuk manfaat bersama.

PS: Formula ini dipetik daripada buku MUDAHNYA MENJEMPUT REZEKI oleh FATHURI SALEHUDDIN.

Master Your Forex
Kelas Forex Untuk Newbie

Post a Comment

1 Comments

  1. Telah lamanya gabung di ACY kurang lebih nya 7 bulan, ane diaman tidak adanya kendala permasalahan dalam trading forexnya, dengan dimana segala fasilitas fasilitas terbaik telah di berikan, bonus bonus yang menarik, spread yang rendah, dan juga dimana masalah eksekusi yang cepat kilat, ACY memang dimaan benar benar is the best broker deh menurut ane sendiri

    ReplyDelete