Cara Entry Mudah Yakmat Nak Guna. Kau Pejam Mata 5 Saat Terus Siap

Hai, hari ini saya nak tunjukkan satu teknik yang boleh membantu akaun bank anda menggemoks sampai manager bank akan call tanya dari mana dapat duit. Hahahaha! Tapi, teknik ni tak sesuai untuk orang yang nak cetak duit cepat. Ini teknik santai-santai je. Sambil-sambil tunggu bini cari jalan pulang kat shopping mall, masa tu lah kita buat entry.


USDX

USDJPY
Tugas pertama anda ialah cuba perhatikan apakah persamaan di antara kedua pairs di atas?

Baiklah, kepada yang dah nampak persamaannya alhamdulillah. Kalau masih lagi terpinga-pinga dan terasa macam bodohnya lah aku ni tak jumpa persamaan lagi, jangan bimbang dan jangan risau sebab ini bukannya exam. Saja nak bagi otak yang beku tu cair sikit.

Pertama sekali saya nak anda semua tarik nafas dalam-dalam. Hembus nafas perlahan-lahan melalui hidung. Ulang sebanyak 3x. Siapa mengelat tak dapat keberkatan untuk ilmu hari ni. Hahahaha. Gurau je. Tapi part tarik nafas dan hembus tu memang saya suruh buat betul-betul. Why???

Sebab dalam trading kita perlu ada ketenangan tahap level wali. Barulah trading kita nanti tak ke laut cina selatan atau ke lautan hindi. Dapat sesuatu?

Hokey, sekarang kita masuk bab teknikal yang lebih tak masuk akal sebab bila dah faham semuanya nanti kita akan bercakap dalam hati, "Laaaaaaa, macam ni je ke? Kalau aku tau dari dulu lagi aku dah jadi jutawan!" Kahkahkahkah!

Cuba perhatikan pada gambar di atas. Lihat pada nombor 1 dan 2. Point itu ialah tempat di mana kita patut meletakkan TRENDLINE. Jadi, pada point 3 kita akan tunggu signal BUY untuk masuk ke dalam market. Pada gambar pertama kita dapat lihat Bullish Engulfing di point 3 dan pada gambar kedua pula ialah Hammer di point 3. Selepas point 3 muncul, kita akan meneruskan serangan di point 4 sehingga CEO broker terduduk kejap dan berfikir, siapa budak yang nak melingkupkan company aku ni. Hahahahaha!

Apa yang penting ialah signal BUY ini muncul semula tepat di atas trendline itu. Sedangkan trendline tu kita letakkan beberapa hari sebelumnya. Apa yang mengukuhkan lagi analisis ni seperti kukuhnya tembok besar cina ialah garisan horizontal yang berwarna merah tu yang dipanggil sebagai ZON SUPPORT. Apabila adanya signal buy di atas trendline dan di atas zon support, ini bakal mendatangkan hasil yang sangat mabelesssss kepada trader dan boleh membuat entry tanpa was-was.

Cuba lihat pada gambar di atas atau pada chart sebenar. Anda akan nampak harga pergi sehingga 100 pips. 100 pips darab $1 bersamaan $100. Kalau darab $10, anda akan dapat $1000 !!!

Amacam? Tak percaya? Boleh cuba di lain hari. Kalau rasa teknik ni tak sesuai dengan personaliti anda boleh abaikan je. Kalau rasa ia bermanfaat untuk orang lain, bolehla SHARE beramai-ramai.

MASTER YOUR FOREX
KELAS FOREX UNTUK BEGINNERS

Post a Comment

0 Comments