Syarat-Syarat Wajib Menjadi Full Time Trader (FTT).


     Ramai yang mengimpikan untuk memiliki kemewahan apabila menjadi FOREX TRADER. Namun, mereka terlupa yang jalan untuk menjadi FULL TIME TRADER memerlukan persiapan yang rapi seperti persediaan nak pergi berperang. Ada yang tersungkur di tengah jalan, kemudian berpatah balik ke alam pekerjaan kerana hanyut dengan kemewahan yang dimiliki. Walaubagaimanapun, tak dapat kita nafikan yang ramai juga berjaya di luar sana dan masih kekal menjadi FULL TIME TRADER sehingga hari ini. Kebanyakan daripada mereka ini tidak kita kenali kerana mereka tidak menampilkan diri mereka di khalayak ramai tetapi cukup sekadar menjadi SILENT TRADER.

     Oleh itu, aku nak buka sikit minda para trader di luar sana yang bercita-cita untuk menjadi FTT suatu hari nanti agar memenuhi SYARAT-SYARAT WAJIB seperti di bawah:

1. ILMU
    Pusinglah tang mana pun, ilmu ialah perkara paling penting dalam kita menempuhi      kehidupan sebagai FTT. Tuntutlah ilmu walaupun sampai ke negara Uzbekistan. Jadi,   WAJIB ada ilmu yang betul dan berkesan dalam kita menempuhi kehidupan seharian sebagai forex trader. Nak belajar berapa banyak ilmu pun silakan. Tapi tolong pilih satu je teknik yang betul-betul sesuai dengan diri kita dan fokus pada teknik tersebut sahaja. Ibarat kita nak buat PHD. Kita hanya pilih satu sahaja topik untuk siapkan thesis tu sampai jadi. So, kita kena jadikan teknik yang kita belajar tu sampai ia sebati dalam diri kita dan fahamkan betul-betul sampai jadi.

2. MODAL
    Bisnes apa yang tak keluar modal dekat dunia ni? Mesti ada modal walaupun ciput. Macamtu jugalah forex trading. Kalau modal besar, untung besarlah kita. Kalau modal ciput, untungpun ciput. Biasanya akaun forex ni lingkup sebab modal ciput tapi nak untung besar. Jawabnya innalillahi waiina ilaihiraji'un la akaun tu nanti. Nasib tak tuan dia sekali ji'un. Kalau tak nak keluar modal, forex bukan tempat untuk anda. Tapi nak mula dengan forex ni, serendah USD10 dah boleh mula.

3. TRADE DEMO
     Percaya tak perkara paling susah untuk trader di luar sana buat ialah latih tubi di akaun Demo? Kenapa saya cakap macamtu? Kononnya akaun demo tak macam akaun real. Trade akaun demo ni tak mencabar. Baiklah, bila akaun real nanti dah hangus, siapa yang meracau macam kena rasuk pontianak? Anak bini pun dah tak bertegur, message daripada kawan lansung tak balas, tidur tak lena, mandi tak basah, makan tak kenyang. Tolonglah trade demo dulu untuk mahirkan tekniknya. Kalau trade akaun demo buat macam berjudi memanglah tak dapat hasilnya. Cuba buat betul-betul macam kita nak trade akaun real. Walaupun duit akaun demo tu duit tipu, tapi chartnya sama dengan akaun real. Jadi teknikalnya sama la.


4. TRADE REAL KECIL-KECILAN
     Ok, yang ni macam meniaga kecil-kecilan tepi jalan jual air dalam balang. Kalau kita meniaga gerai kecik pun boleh lingkup, ada harapan ke kita nak uruskan kilang air yang besar? Ini contoh jela. Pepandaila fikir sendiri. So, kita boleh mula dulu dengan USD10-USD100. Kalau hangus pun tak de lah menangis sampai terjun lombong. Kalau terjun jugak tak tahulah. Kenapa kena trade real? Di sinilah bermulanya latihan kawalan emosi dan pengurusan duit berlaku. Kenapa ya? Korang tak pernah trade dan rasa profit kan? Konon, mula-mula masa tak nampak duit betul korang rasa USD50 sebulan cukuplah. Hehehehe. Aku dah rasa semua ni. Nanti, bila dah mula nampak forex ni boleh buat duit banyak, nafsu dan setan akan mula menguasai kita. Tapi, dalam bulan puasa ni kurang sikit sebab setan dah kena rantai. Hahahaha. Money Management dah lupa macam mana nak kira dan bermulalah kisah baru dalam hidup anda sebagai seorang trader yang tamak haloba. Part ni sebenarnya susah nak cakap sebab dia kena rasa sendiri. Siapa yang dah rasa nanti fahamlah.

5. PROFIT 2X GANDA GAJI BULANAN
    Bagi yang bekerja pula, janganlah memandai-mandai berhenti kerja dulu sebelum profit trading kita sudah menjadi 2x ganda daripada gaji bulanan kita. Contoh: Gaji RM2,000 sebulan, profit trading mesti RM4000. Barulah logik nak berhenti kerja. Kalau profit trading pun tak lepas nak bayar sewa rumah, apa kejadahnya nak berhenti kerja???



6. MENTOR
    Bahagian ni ada yang memerlukan mentor dan ada yang tak perlu. Sebab ada yang dah pandai hanya dengan baca buku. Ada pula yang baca buku satu rak pun tak faham-faham. Ala, macam kat sekolah dulu-dulu. Bukannya semua pandai dalam kelas tapi cikgu ajar benda yang sama jugak. Tapi sebenarnya mentor ni tujuan dia untuk support kita bila kita sesat kejap. Kadang-kadang mentor ni yang akan bagi kita semangat dan paksa kita untuk usaha lagi sampai jadi. Kalau sorang-sorang belum tentu kita kuat lagi walaupun ada yang ok. Tapi berdasarkan kajian saya selama 4 tahun dalam forex trading ni, 85% trader memerlukan mentor. Group signal atau seminar kurang berkesan untuk para trader memahami selok belok dalam forex trading ni. Mereka memerlukan orang berpengalaman untuk menunjukkan jalan pintas mencapai tujuan mereka secara persendirian. Biarlah mentor yang pernah langgar dinding sebelumni. Kita tak perlulah nak langgar dinding dan ikut je jalan yang lurus. Tapi, kena pandai pilih mentor ye. Salah pilih mentor, keluar kandang buaya, masuk kandang singa!

7. MENTAL SADO
    Kalau dalam hati ada taman, lebih baik jangan trade forex. Sebab cabaran forex ni besar. Mana tak besarnya, kita bermain dengan duitlah. Kena ada kekuatan mental untuk menerima loss sebab loss tu wajib tapi macam mana cara kita nak minimumkan loss tu yang nak kena belajar. Kalau tak boleh nak rasa loss, lebih baik cari benda lain untuk buat duit. Selain itu, sabar kena tinggi bagi memilih waktu yang paling tepat untuk masuk dalam market sebab bukannya hari-hari boleh buka position. Kenapa ya? Market bukan bapak kita punya! Hahahaha.

8. BERSEDIA DIFITNAH
    Forex trader boleh jadi dituduh sebagai pengedar dadah atau menjual perempuan kerana tak pernah keluar rumah pergi kerja tapi ada kereta dan rumah yang selesa. Jadi, kena rileks-rileks jela dengan apa orang nak tuduh atau katapun. Ok, part ni sebenarnya saja nak gurau je. Bukannya semua orang macamtu. Duduk KL ni lagi senang sebab jiran dengan jiran bukan kenal sangatpun. Masing-masing buat hal sendiri je.

     Rasanya setakat ni dululah nak kongsi. Kalau ada benda lagi nak kongsi nanti aku edit je posting ni. Harap sedikit sebanyak dapat memberikan gambaran macam mana nak jadi FTT satu hari nanti. Kalau rasa benda ni baik untuk orang lain, rajin-rajinlah SHARE ya?

Post a Comment

0 Comments