Adakah anda seorang Trader yang Beremosi? Jom buat Test ni.

Tipikal Gaya Pemikiran Trader yang Beremosi:
  • Saya mesti sentiasa mencari strategi Trading yang baru sehingga saya jumpa yang terbaik dan paling tepat.
  • Saya sangat teruja bila harga pergi ke arah yang saya nak.
  • Saya sangat sedih bila loss dalam trade.
  • Saya rasa kecewa bila terlepas peluang trading yang sepatutnya banyak memberikan profit.
  • Saya enter position berdasarkan gerak rasa yang harga akan ikut seperti apa yang saya jangkakan.
  • Saya berharap yang suatu hari nanti harga akan berpatah balik seperti apa yang saya jangkakan.
  • Selagi saya belum "Cut Loss" selagi tu saya masih belum loss.
  • Saya trade maximum margin per lot pada satu trade yang saya "rasa" akan memberikan pulangan yang sangat banyak.
  • Saya tak ada trading plan. Malahan, saya tak tau pun apa tu trading plan.
  • Saya sentiasa risikokan $1 untuk dapat KURANG daripada $1.
  • Saya nak buka lebih banyak position bila saya dah ada trade yang saya menang. 
  • Bila saya loss, saya nak sangat trade dengan lebih banyak dengan harapan saya boleh cover semula apa yang saya loss.
  • Saya enter position sebab kawan saya suruh.
  • Jangan suruh saya pergi belajar. Saya cuma nak tips trading.
  • Bagitau saya mana stock/currency pair yang akan naik esok. 
  • Bagitau saya time frame mana yang terbaik atau indicator apa yang perlu digunakan.
  • Saya terasa bodoh bila kena belajar daripada bawah walaupun saya sudah menghadapi loss yang sangat besar. 
  • Saya salahkan teknik saya bila saya serahkan segala-galanya padanya tetapi saya tetap juga loss dalam trading.

Sekiranya anda buang semua sifat di atas, percayalah bahawa anda akan jadi seorang yang SUPER PROFITABLE TRADER.

Post a Comment

0 Comments