BAHAYA! JANGAN TRADE SAHAM BUAT MASA NI! USD BAKAL MENJEJAK MYR 4.20 dan INDEKS BAKAL MENJUNAM!

HABISLAH KITA SEMUA! USD/MYR DAH JEJAK RM 4.28. KLCI LOW HARI NI 1,532. CEPAT SELAMATKAN DIRI!!!
Baca dari awal sampai habis kalau nak selamat yer.
.
15 Ogos saya buat analisis ni dan hari ini ia telah menjadi kenyataan...
.
https://www.facebook.com/khalidtfs/posts/753362364786843
.
USD/MYR bullish gila-gila sampai jejak RM4.28 hari ni setelah "dengan selamba" break resistance tahun 1998 iaitu RM4.20 (lihat rajah). Ia keadaan yang sangat teruk setelah tambatan ringgit RM3.80 dilepaskan pada tahun 2005. Yang best nya, lepas je harga melepasi RM4.00, sekejap je dia panjat sampai 4.28. Perghhh...
.
Oh ye, perasan tak Singapore & Brunei Dollar sekarang dah RM3.00+? Dah macam Aussie Dollar & USD zaman dulu-dulu tu. Padahal negara jiran kita je. Makin seronok lah rakyat Singapura & Brunei shopping sakan di Malaysia. Ala, yang macam menteri kita bagitau hari tu. Keh keh keh...
.
Kalau anda tanya saya dia nak naik sampai mana, saya tak tahu sebab tak nampak dah mana resistance seterusnya. Kalau nak target pun saya cuma boleh target based pada rekod tertinggi dalam sejarah sahaja iaitu sekitar RM4.70 - 4.80. Besar kemungkinan ia akan jadi kenyataan jika harga kekal di atas RM4.20 pada hari Jumaat ni sebab Jumaat ni Monthly close. Penutup harga bulan ni akan menjadi panduan halatuju harga untuk bulan depan.
.
Untuk KLCI pula (Kuala Lumpur Composite Index, Bursa Malaysia), ia dah pun terjun dari 1,590 ke 1,532 dalam masa 1 minggu! Mengikut analisis saya sebelum ni, ia dijangka turun ke sekitar 1,450. Analisis ringkas sahaja berdasarkan Support & Resistance. Jika indeks kekal di bawah 1,600 mata hujung bulan ni, memang potensi dia terjun lagi amat cerah. Jika anda seorang trader saham, elok berhenti trade buat masa ni. Sama juga dengan Unit Trust (UT) yang dilaburkan terus dalam Bursa Malaysia. Elok anda "switch" dari aggressive / speculative fund kepada low risk fund (bond, securities) untuk protect pelaburan anda daripada turun lebih rendah.
.
APA KESANNYA KEPADA ANDA?
.
Kesan langsung kenaikan USD/MYR ialah HARGA BARANG IMPORT AKAN NAIK! Bukan tu je, harga barang tempatan pun akan naik sama jika bahan mentah nya datang dari negara lain yang exchange rate nya dah makin naik. Maka, kos sara hidup secara automatik akan naik lah. Kalau saya peniaga, kos makin tinggi takkan saya nak kekalkan harga. Mesti saya kena naikkan harga jugak sebab saya pun ada tanggungan. Pengguna lah yang paling menderita bila ini berlaku, lebih-lebih lagi jika ianya barang keperluan.
.
Mengenai KLCI pula, indeks ni penanda aras kemajuan sesebuah negara. Contoh Malaysia 1,500 vs Singapura 2,800, Singapura akan dikatakan lebih maju daripada Malaysia. Mana datang 1,500 mata tu? Ia diambil daripada 30 syarikat top yang tersenarai di Bursa Malaysia yang mewakili semua sektor dalam negara. Total listed companies ada 1,000+, tapi 30 ni dah cukup untuk menggambarkan keadaan ekonomi negara kita.
.
Indeks yang menurun adalah buruk di mata pelabur asing. Bila pelabur asing tidak melabur di Malaysia maka kuranglah pendapatan kerajaan. Bila pendapatan kerajaan berkurang, mereka akan cari jalan untuk collect daripada rakyat. Ye la, orang luar dah tak nak masuk. Yang tinggal orang dalam negara je lah ye tak?
.
Tahukah anda harga minyak mentah dunia berada di paras yang kritikal sekarang ni? Petromas (bukan nama sebenar) merupakan penyumbang cukai yang signifikan kepada kerajaan. Minyak turun, untung Petromas turun. So, cukai yang dibayar juga turun lah. Again, bila kerajaan punya pendapatan turun, kepada rakyat juga lah mereka mengharap. Ye lah, kalau tak camne nak bagi BR1NG tiap-tiap tahun kan?
.
(cerita pasal harga minyak dunia, tunggu post saya akan datang yer)
.
.
SELAMATKAN DIRI ANDA MULAI SEKARANG!
.
Saya bukan menteri, profesor atau pakar ekonomi. Anda boleh terima atau reject nasihat-nasihat saya ni setelah anda fikirkan logiknya:
.
1) STOP WASTING YOUR TIME! Duit boleh dicari, tapi masa tak boleh diganti. Hargailah masa anda. Hentikanlah perbuatan sia-sia seperti menghabiskan masa berjam-jam sehari stalking di FB & IG. Sesungguhnya orang yang berjaya adalah orang yang tahu menghargai masa dan menepati masa. Salurkan semua masa terluang anda ke arah menjadikan anda seorang yang lebih berjaya. Ingat, masa itu emas.
.
2) BERJIMAT-CERMAT dalam membelanjakan wang anda. Bersiap sedia untuk sebarang kemungkinan. Dalam waktu ekonomi tidak menentu, CASH IS KING! Ada rumah, emas, tanah dsb takkan membantu malah anda akan ditekan untuk menjual pada harga yang amat rendah ketika ini. Cash lebih berharga. Guna cash untuk beli sesuatu yang meningkatkan pendapatan, bukan menyedut lagi wang anda sampai kering kontang.
.
3) BELI HARTANAH (kalau mampu), sebab sekarang ni rumah yang dah siap dibina pun ada yang dijual pada harga launching sebab takde orang nak beli. Macam saya sebut di atas, mereka yang mempunyai aset tapi terdesak akan melepaskan aset-aset mereka secepat yang mungkin ketika ni. Tawar-menawarlah, ada banyak peluang membeli hartanah di bawah market value sekarang ni. Loan bank pun susah nak lepas. So kalau anda ada cash & loan boleh approve, anda ada kuasa untuk nego harga terbaik. Beli rumah takpe. Kalau tak sewakan pun boleh duduk sendiri. Sejarah telah membuktikan hartanah adalah pelaburan yang menguntungkan dalam jangka panjang dan jika anda tahu caranya.
.
Selain hartanah, ada juga aset-aset lain yang mungkin anda boleh dapat pada harga diskaun gila-gila daripada penjual terdesak. Contohnya emas fizikal, peralatan berniaga dan macam-macam lagi.
.
4) MANA DUIT ANDA PERGI? Buat bajet bulanan dan harian. Kalau anda tak track perbelanjaan & pendapatan anda, tu yang dapat gaji je tak sampai setengah bulan dah pokai. Daripada situ, anda boleh tahu berapa anda perlukan setiap bulan. Kalau tak cukup, kena cari jalan untuk tambah lah. Kalau anda tak nak tambah income, anda dah boleh tahu apa perbelanjaan yang boleh dikurang / dielakkan. Contohnya saya dulu nak jimat duit, makan nasi sehari RM4.00 kat lorong-lorong area Jalan Tun HS Lee. Jangan lah disebabkan "peer pressure" kita gi follow bantai lunch RM20.00 sehari! Mana lah tak overbudget tiap-tiap bulan ye tak? Ukur baju di badan sendiri.
.
5) Elakkan trade saham atau labur dalam UT ketika ni. Anda diibaratkan seperti menangkap pisau yang sedang jatuh ("catch a falling knife" kata orang putih). Risikonya terlalu tinggi. Gawat tahun 2008 dulu dari 1,500+ mata terjun sampai 800+ mata tau. Saham RM12.00 seunit boleh jatuh bawah RM1.00. Daripada 1,000+ saham, sangat sikit kaunter yang still boleh make money. Jika zaman tu berulang lagi sekarang ni, maksudnya masih jauh lagi indeks tu boleh turun. Kalau nak labur UT yang berisiko rendah ok lah (bond fund, sukuk, government securities etc). Kalau anda Bumiputera labur je la kat ASB selagi belum penuh kuota.
.
5) Nak tak nak anda kena cari extra income untuk kumpul cash (CASH IS KING!). Kawan saya dulu habis kerja bank dia sambung lagi kerja 4 jam kat Seben Eleben. Anda tak perlu susah payah macam tu. Sekarang ni nak kaya tak susah macam dulu. Pakai smartphone dan laptop pun boleh dah buat bisnes. Manfaatkanlah teknologi untuk kesenangan hidup anda. Jangan habis kerja anda sambung kerja lain pulak. Buatlah bisnes, sebab ia boleh ikut kelapangan masa anda.
.
6) Tengok apa yang ada dalam diri anda, dan apa barang yang anda ada. Lepas tu fikir apa anda boleh lakukan untuk buat duit extra. Contohnya anda berkelulusan perakaunan (macam saya, hehehe...). Kepakaran anda adalah buat akaun dan memberi nasihat berkenaan percukaian. So, sambil-sambil kerja makan gaji anda buatlah bisnes part-time buat akaun / tax filing (yang tidak menggangu fokus kerja anda). Contoh lain, anda ada kamera GoPro Hero 4. Member nak gi diving / snorkelling. Anda offer la kat dia nak sewa ke tak GoPro tu (GoPro adalah kamera saiz kecik resolution tinggi yang boleh dibawak masuk air). Atau anda ada kereta. Balik kerja malam anda free. Anda boleh buat bisnes sebagai pemandu UBER. OK itu beberapa idea yang boleh saya bagi. Pokoknya, GUNAKAN APA YANG ANDA ADA. Risikonya lebih rendah.
.
7) Saya dari dulu memang target nak hidup senang & kaya raya sebab nak tolong mak bapak saya. So, apa saya buat? SAYA PERGI BELAJAR DAN BACA BUKU MACAM MANA NAK JADI KAYA RAYA. Itu je lah. Bukan susah pun. Banyak peluang buat duit di luar sana, dan ramai yang sudi mengajar anda caranya. Kalau tak mampu yang mahal, bacalah buku. Murah je. Tak mampu gak? Rajin-rajinkan diri membaca artikel / ilmu percuma di internet.
.
Ramai yang ego bila nak menimba ilmu ni. Sentiasa ada stigma "Dia dah kaya buat apa dia nak buat kelas berbayar? Kenapa tak ajar free je?". Hahaha... it doesn't work like that my friend. Saya menyesal tak melabur lebih banyak dalam ilmu sejak awal. Harapkan baca buku & artikel free sahaja di internet, sebab tu ia makan masa yang lama. Saya akan berjaya 5 tahun lebih awal kalau saya tak kedekut melabur untuk ilmu.
.
Sekarang ni nak jadi jutawan dan hartawan dah tak susah macam dulu. Ramai saya kenal umur awal 20-an dah hidup senang dan sekarang sudi kongsikan ilmu mereka. Mereka tak akan ajar free sebab orang-orang sebegini masa adalah sangat berharga buat mereka. Mereka tak nak buang masa pada orang yang tak bersungguh, jadi kesanggupan membayar yuran tu lah kayu pengukur kesungguhan bakal pelajarnya. Jangan risau, takkan pernah rugi melabur pada ilmu. Di Malaysia yuran "ilmu untuk kaya" tersangatlah rendah. Rugi kalau anda tak rebut peluang tu. Dah ada ilmu, barulah anda boleh "bertindak dengan bijak".
.
8) Dah tau exchange rate MYR makin teruk, buat apa kerja & buat bisnes kat Malaysia. Pergi la kerja overseas (kalau boleh). Kalau tak boleh, buat la bisnes overseas tapi tinggal di Malaysia. Antara bisnes seumpama tu yang pernah saya buat ialah Ebay (beli stok kat sini, jual kat overseas dan terima bayaran dalam USD. Modal RM10, jual USD10). Selain tu, macam yang semua tahu, saya trade forex lah. Withdraw profit dalam USD dan mengikut kadar tukaran semasa. Sambil dapat profit trading, dapat lagi profit dari exchange rate. Tak best ke tu?
.
(kalau nak belajar forex trading klik sini >>> Panduan Forex Mudah)
.
.
Aduh, banyak pulak saya membebel nih. Ok sebagai penutup...
.
Dr Irfan Khairi jutawan internet pernah berkata begini...
.
"Kalau sekarang banyak peluang sebab ekonomi gawat tapi saya tak ada duit macam mana?" Jawapan beliau yang memang kena dengan saya ialah...
.
"Saya akan pastikan ekonomi gawat seterusnya saya ada duit!"
.
2008 saya baru je start kerja. Mana ada duit sangat. Peluang-peluang yang ada saya hanya mampu tengok je. Kini setelah 7 tahun berlalu, Alhamdulillah saya ada kemampuan untuk mengambil kesempatan ekonomi gawat pada kali ni. Jadi, kalau anda terlepas peluang kali ni, tunggu dan bersedia lah merebut peluang seterusnya 7 - 10 tahun akan datang (mengikut sejarah, setiap 10 tahun ekonomi akan gawat). InsyaAllah panjang umur murah rezeki, masa itu akan sampai juga nanti. Kalau anda tak sanggup tunggu, anda kena berusaha gila gila lah yer.
.
Warren Buffet cakap, BE FEARFUL WHEN OTHERS ARE GREEDY and BE GREEDY WHEN OTHERS ARE FEARFUL (takut bila orang lain tamak, dan tamak bila orang lain takut). Macam saya cakap, always latih diri anda untuk lihat dari perspektif berbeza. Dalam keburukan pasti ada kebaikan. Rujuk semula point 1 - 8 di atas untuk memahami pepatah tersebut yer.
.
.
OK lah. semoga apa yang disampaikan mampu membantu anda bersedia untuk menghadapi zaman malap yang dijangka akan berlaku tahun depan (mengikut jangkaan penulis buku kewangan dunia Robert Kiyosaki).

Oleh: Khalid Hamid, Teknik Forex Sebenar.





Post a Comment

0 Comments