FOREX adalah singkatan bagi FOReign EXchange @ FX atau tukaran matawang asing. Matawang bagi setiap negara adalah berlainan. Maka timbullah keperluan untuk sebuah pasaran untuk menjual beli matawang asing. Forex adalah PASARAN KEWANGAN TERBESAR DI DUNIA, iaitu dengan nilai transaksi kira-kira USD 5 TRILLION SEHARI!!! (kira-kira RM 17,500,000,000,000). Contoh mudah forex ialah apabila anda melancong ke luar negara, anda perlu menukarkan matawang Ringgit Malaysia (RM) kepada US Dollar (USD) sekiranya anda ke US kerana pekedai di sana tidak menerima bayaran dalam RM. Katakan USD 1.00 = RM 4 dan anda ingin menukarkan RM 4,000, maka anda akan menerima USD 1,000 (RM 4,000 / RM 4). Apa yang berlaku ialah anda menJUAL RM untuk memBELI USD. Pasaran Forex Trading dibuka 24 jam sehari, 5 hari seminggu (Isnin - Jumaat). Setiap negara mempunyai waktu pasaran yang berbeza-beza. Pasaran Utama forex bermula di Australia / New Zealand, diikuti oleh Jepun, kemudian Euro / UK, dan akhir sekali US / Canada. Selepas market US / Canada ditutup, maka market Australia / New Zealand akan bermula semula. Begitulah kitaran market forex setiap hari selama 5 hari seminggu. Hari Sabtu dan Ahad adalah MARKET CLOSE bagi semua pasaran dan PUBLIC HOLIDAY bagi sesebuah negara TIDAK akan mengakibatkan pasaran forex ditutup. Namun begitu, volume atau jumlah dagagangan pada Public Holiday adalah lebih kecil berbanding hari biasa.
0 Comments